Nampak orang tukar fesyen rambut " tengok mamat tu, rambut dia dah style sekarang. Bapak culture shock gila".
Tanpa kita sedari, sebenarnya kita semua saling tuding-menuding jari antara satu sama lain. Yess. Semua orang mengalami culture shock. Dan culture shock ni kita dah alami dari baby lagi. Baby cuba nak belajar berjalan bila nampak orang lain berjalan. Masuk sekolah rendah, nampak orang sikat rambut berjambul. kita pun nak cuba buat benda yang sama. Masuk sekolah menengah, Nampak orang pakai topman, kita pun nak cuba kumpul duit dan beli. Dah masuk college, nampak orang hisap rokok. kita pun nak mencuba.
Itulah hakikat bahawa kita semua akan mengikut apa sahaja keadaan sekeliling kita. Bezanya cepat atau lambat. itu je. Bila ada orang lambat sikit. Mula la kita cakap dia culture shock. Hey hey. Open la sikit minda tu. Kau cakap orang baru nak up kononnya kau lah trend maker. Bukan ke Mat Salleh selalu cakap BETTER LATE THAN NEVER. Sekurang-kurangnya dia mencuba. But make sure apa benda yang nak dicuba ada batasnya. Asalkan tak melanggar hukum agama, then okay la.Akhir kata, Terima kasih daun ganja kerana sudi membaca.
"Lebih banyak yang sama, daripada yang berbeza. Yang diatas sana tetap paling berkuasa"



